Thursday, 16 February 2012

The Begining


Eva Maria!!!!!!..... Dari jauh dia menoleh ke arah seorang lelaki yang memanggil namanya,tetapi wajah lelaki itu agak samar-samar kerana lelaki itu berada di seberang jalan.Hatinya tertanya-tanya,siapakah gerangan lelaki itu??..
Apabila,lampu hijau bertukar menjadi merah untuk penjalan kaki melintas,lelaki tersebut berlari pantas menyeberangi jalan menuju ke arah Eva.Eva hanya berdiri kaku melihat lelaki tersebut hampir ke arahnya.Ketika itu hati Eva kuat mengatakan bahawa itu adalah “Adrian”budak lelaki yang dikenalinya semasa zaman persekolahannya dahulu.Ketika itu,Adrian baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Aman yang merupakan sekolah Eva semasa berada dalam tingkatan 4.Lelaki tersebut benar-benar berada di hadapan Eva sekarang.
Memang benar kata hatinya lelaki itu adalah Adrian.”Eva,masih ingat tak lagi saya???”Eva hanya tersenyum,memang malanglah kalau tidak mengenali budak lelaki kacukan Melayu-Inggeris itu.Hanya Adrian sahaja memiliki mata coklat kekuningan dan kulit putih bersih semasa zaman persekolahnnya dulu.”Muhd Adrian Ubaidillah,is’t right??”.”Ya”Adrian tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih dan tersusun rapi itu.Semasa dalam alam persekolahan dulu Adrian juga dikenali sebagai budak pendiam.Tetapi sekarang amat berbeza kerana dia menegur Eva.”Macam mana awak boleh kenal saya sedangkan saya berjalan membelakangi pandangan awak?”.Adrian dengan selamba “saya ekori awak tadi,saya terperasan awak di salah sebuah butik ketika saya lalu di hadapannya,kebetulan saya berseorangan,jadi tak salah la saya ekori awak”,Adrian ketawa kecil.Patutlah dia rasa diekori semasa keluar dari butik tadi,tetapi dia berfikiran positif kerana ramai orang lalu-lalang dan membeli-belah di butik itu,hati kecilnya terdetik”Argh..aku bukannya artis sampai orang nak ekori aku”.
”Jom,saya belanja awak di kafe depan sana”pelawa Adrian.”Ermm...maaflah,saya terpaksa pulang sekarang,ada hal sikit”,sebenarnya Eva segan untuk duduk semeja dengan seorang lelaki pendiam yang dikenalinya dahulu.”Tak apa,saya belanja awak..jangan risau” Adrian cuba mempelawa sekali lagi.Tapi Adrian tidak berpeluang untuk makan bersama Eva.Eva ialah seorang gadis yang berpegang pada kata-katanya.”Oklah kalau begitu,Insya’Allah ada rezeki kita jumpa lagi ya..”Eva mengukir senyuman yang terhias indah di bibirnya yang merah jambu itu.”Insya’Allah,tapi boleh saya minta nombor telefon awak?itupun kalau awak tak berkeberatan nak beri”.Eva hanya tersenyum kecil”Ini kad Perniagaan saya”.Adrian memerhati kad itu,ternyata gadis itu mempunyai perniagaan sendiri.
“Wah,awak sudah memiliki perniagaan sendiri..”kata Adrian sambil tersenyum kagum.”Ya,saya hanya membuka perniagaan kecil-kecilan sahaja”kata Eva dengan rasa rendah hati.Melihat Adrian yang terleka memerhati kad perniagaan Eva,”Baiklah,saya terpaksa pergi sekarang”Eva tersenyum sambil beransur pergi.”Jumpa lagi”kata Adrian dengan nada yang sedikit menjerit.
Sebenarnya,semasa zaman persekolahannya bersama Eva dulu.Adrian pernah menaruh hati pada gadis yang lembut dan bertudung litup itu.Pertemuan Adrian dan Eva tadi sebagai titik tolak untuk mengenali Eva dengan lebih dekat lagi.
Suasana di Kafe Santap Bonda agak meriah dengan ramai pelanggan.Kafe ini telah dibuka sejak 2 tahun yang lalu .Selain itu,kafe kepunyaan Eva juga terletak hampir dengan pusat bandar dan perumahan Elit.Sudah menjadi kebiasaan penduduk disitu untuk makan diluar,dan salah satunya kafe Santap Bonda yang menjadi tumpuan kerana kafe Eva menyajikan makanan barat,timur dan ala-carte.Pembukaan kafe Santap Bonda bermula dimana ketika itu,Eva menganggur setelah tamat pengajian Sarjana Muda di sebuah Universiti tempatan.Semasa dalam proses pencarian kerja.Eva mendapat idea setelah melihat beberapa orang usahawan muda yang berjaya.Dari detik itu,Eva membuat keputusan untuk memiliki sebuah kafe.Eva turut dibantu oleh ahli keluarganya iaitu adik kepada Eva,Nurlysa Marlia,dan turut sama membantu ialah ibu Eva,Datin Najjah.Ibu Eva Datin Najjah dan adiknya Lysa merupakan tulang belakang bagi Eva.Sekarang, Eva juga turut tergolong dalam kalangan Usahawan muda yang berjaya.Dalam tempoh dua tahun,Eva sudah dapat membuka dua cawangan Kafe Santap Bonda di Semenanjung tanah air.Oleh kerana keberhasilan Eva membuka dua cawangan,akhirnya perniagaan Eva disiarkan di majalah TeenBizMalaysia iaitu majalah berkaitan perniagaan yang diusahakan usahawan muda yang berjaya.
Tetapi ayah Eva iaitu Dato Effendi kurang bersetuju kerana ayah Eva sangat berharap agar Eva dapat mengambil-alih perniagaan ayahnya.Tapi malangnya Eva merasakan dirinya tidak layak dan kurang berpengalaman dalam menguruskan perniagaan yang melibatkan ahli perniagaan dari negara-negara luar. Bagi Eva dia belum bersedia untuk menjadi pengurus bagi sebuah syarikat besar dan terkenal itu.
Semasa Eva dalam perjalanan untuk membeli bahan mentah dan sayuran Kafe Santap Bonda.Ternyata pasar pembekal bahan mentah tersebut telah pun ditutup untuk dua bulan kerana pengubahsuaian kedai dijalankan.Eva berasa kecewa dengan sikap pembekal kerana tidak memberitahu atau memberi sebarang nota tentang penutupan sementara waktu kedai pembekal tersebut.Tanpa berlengah lagi,Eva membuat carian pembekal yang berada di kawasan terdekat menggunakan telefon bimbit iPhone pemberian ayahnya setelah tamat pengajian dengan pencapaian yang agak bagus. Setelah beberapa minit mencari,akhirnya Eva menemui pembekal yang agak jauh dari Kafenya.Tetapi apakan daya,Eva harus membekalkan bahan mentah sebelum pukul 4 petang kerana Kafenya akan beroperasi di sebelah malam.Akhirnya,Eva sampai ke kedai pembekal setelah menghabiskan masa memandu 30 minit untuk sampai.
“Selamat Datang ke Kedai Kami,bahan-bahan dan sayur-sayuran segar dari ladang”kata seorang wanita pekerja asing warga Indonesia dengan fasih tanpa pelat Indonesianya.Ternyata layanan yang diberikan kepada pelanggan sangat baik dan mesra.”Syarikat pembekal ini mempunyai ladang ternakan dan tanaman sendiri,dan penyembelihan haiwan ternakan ditanggung halal”kata pekerja wanita Indonesia tersebut.Sebenarnya,Eva sudah tahu tentang hal tersebut kerana di hadapan kedai tersebut mempunyai logo halal dan sijil pengiktirafan dari JAKIM.Sekarang Eva tertarik untuk menjadi pelanggan tetap di kedai tersebut.Di samping itu,kedai pembekal tersebut menawarkan potongan harga kepada pelanggan tetap dan mendaftar sebagai ahli kedai tersebut.Sekeping Kad berwarna biru muda diberikan kepada Eva kerana Eva telah mendaftar sebagai ahli.Tiada cas dikenakan untuk menjadi ahli.Baru pertama kali Eva menemui kedai pembekal yang mesra pelanggan sebegitu dan dia juga tertanya-tanya siapakah pemilik kedai tersebut.”Terima kasih,Datang lagi “kata wanita tersebut tersenyum.Lamunan tanda tanya Eva lenyap seketika.”Sama-sama”jawab Eva dengan sebuah senyuman yang mampu menggugat sesiapa sahaja melihatnya.
“Dah sampai pun anak ibu”kata Datin Najjah sambil tersenyum menyambut kepulangan anaknya.Mereka duduk di meja bulat yang diperbuat daripada batu marmar yang diimport khas dariChina,memang itulah tempat yang sentiasa menjadi pilihan ibunya jika berada di Kafe Santap Bonda.”Anak ibu mesti letih kan,ibu dah suruh kak Tijah buatkan air Teh’O Ais Laici kegemaran Eva”.Eva mengukir senyuman”Terima kasih Ibu,You are the bestlah ibu..sayang ibu”lalu memeluk manja ibunya yang berada di sebelah.”Cik Eva..Ini airnya” suara serak basah kak Tijah sedikit mengejutkan mereka.”Kak Tijah ni selalu je buat suprise,hihihi “kata Eva mengusik Kak Tijah.”Ada-ada aja Cik Eva ini”sambil tersenyum.Kak Tijah masih mengekalkan bahasa ibundanya iaitu bahasa Indonesia,kak Tijah antara orang gaji yang telah lama bekerja dengan keluarga mereka,disebabkan kejujuran dan kesetiaan kak Tijah,mereka sudah menggangap kak Tijah seperti keluarga mereka sendiri.”Macam mana dengan kafe Eva?”tanya Datin Najjah.”Alhamdulillah ibu,semuanya berjalan lancar,memang benar kata ibu,kalau kita selalu berfikiran positif,kita boleh lakukannya, kata ibu memang benar-benar mujarab ,hehe”.
Tiba-tiba telefon Eva berdering.”Ibu,Eva nak jawab panggilan ini dulu,mungkin dari pembekal atau pengurus cawangan”.”Tak mengapa,Eva jawablah panggilan tu”jawab Datin Najjah lembut.”Assalamualaikum..”.Hah!! suara ini....”Wa’alaikummusalam”.”Eva awak ada masa tak petang ni?”.”Awak Adrian????”
bersambung.....

No comments:

Post a Comment