Tuesday, 3 January 2017

Life getting tough

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH,setelah sekian lama menyepi... kini saya dah kembali menjadi FREE all the time.
Lama dah tinggal blog dan last update pun masa awal-awal masuk Univ..

Setelah graduated sebagai seorang Physiotherapist dari UniKL RCMP (Royal College of Medicine)
dan pada masa yang sama usai pengajian saya telah kehilangan ibu tercinta. Jauh saya pergi belajar tinggalkan keluarga, pulang pula dalam 3 minggu sahaja menjaga ibu saya sakit , lagi jauh mama pergi tinggalkan saya , tinggal disana kekal abadi, tapi tak mengapa, semuanya akan menuju ke sana juga.

" Goodbyes are not forever , Goodbyes are not the end.They simply mean I'LL MISS YOU, until we meet again! "-unknown 

Kini, saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa . Tetapi bukan sebagai ahli fisioterapi , tapi sebagai seorang pekerja makmal pembenihan cendawan Volvariella Volvacea sp. Sejauh mana saya akan bekerja dibidang ini pun tidak diketahui. Tetapi saya yakin setiap aturan Allah itu pasti ada hikmahnya. Bekerja dibidang ini juga bukan semudah yang disangka kerana harus menjalani kursus selama sebulan di Agensi Nuklear Bangi di block 46 agroteknologi.

Alhamdulillah 






















Tuesday, 25 June 2013

UniKL RCMP



Hi , As'salamualaikum and salam 1 Malaysia ..
  
           Huh ! lama rasanya x update blog ni , kini saya sudah bergelar mahasiswi ...hehe
rutin sbagai pelajar memang memenatkan tapi .... tapi .. NO PAIN,NO GAIN ,"Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian " ....(ayat pujuk diri) hehe motivasi diri laa ..haha .Sebenarnya ,best sangat bila jadi student universiti ni , x sama macam zaman sekolah menengah dulu ..hehe
bila dah masuk universiti mestila jumpa kawan kan... jumpa kawan yg pelbagai kerenah ,haha
tapi yg setakat hani jumpa ni sume baik2 ,n best lah .. xde ayat yg boleh describe ,haha (hebat tuu..)
So, hani nak citer sikit kisah-kisah bermulanya hidup hani sebagai student universiti..

Alkisah ..

9 june 2013(sabtu)
-On the way ke perak with my father utk daftar diri .. segala dokumen dah well prepared malam sebelum bertolak,yelaa..jarak kedah ke perak bukan dekat ,ambil masa 4 jam tahu.. so , kena bawa semua dokumen yg penting2 .. masa dlm perjalanan tu , dalam hati ni ,ya Allah .. x dapat nak describe macam mana perasaan tu ,,..nak cakap sedih ..TAK , nak kata best..TAK .. Nak kata takda perasaan,maybe YA , haha ,why ?? hati tertunggu-2 keputusan rayuan UITM ...Tapi , cuba utk pujuk hati supaya tak berharap sgt dkt rayuan tu .. so , tabahkan hati,seronok kan diri utk daftarkan diri ..
akhirnya selepas 4 jam atas lebuhraya , hani sampailah ke pintu utama Universiti Kuala Lumpur kampus Perak iaitu Royal Collage of Medicine (RCMP) ..wow , masa tu macam "WOW" ..sebab rasa macam gah sangat tgk "Royal Collage" .. dan 1 prsepsi org luar terhadap universiti swasta macam UniKL ni , "korang boleh pakai ape je yg korang suka..nak free hair ke ,pakai kasual ke..suka hatilah ..kan universiti swasta.........bla..bla..bla" ..TAPI ,sesampainya hani di UniKL RCMP ni , sebenarnya hani mcm culture shock sebab apa .. hani terkejut dgn cara dorang pakai , pakai apa????????????????
wow ,dorang pakai purdah , berniqab , tudung labuh ,sopan .... so,memang terkejut sgt ..what?? so..tanggapan orang luar mmg x betul..100% x betul ..x betul,sangat x betul .. so ,masa tu hani dah redha dgn ketentuan ilahi , dan masa tu bersyukur sangat sebab Allah dah tetapkan hani untuk ke sini(UniKL RCMP) ,hani boleh bergaul dengan orang2 sebegini ... harap terlekat juga dekat hani , teringin nak berpurdah ..Amin...

-selanjutnya bersambung dgn minggu silaturahim (MSR) di teluk dalam resort di pulau pangkor ,resort yg bertaraf 5 bintang , wow kan? hehe
kat sini macam2 ilmu yg hani timba walaupun hanya 3 hari 2 malam... dlam masa yg singkat tu banyak yg hani belajar .. rasa macam tak rugi datang unikl ..

-sekarang dah bermula pun kelas, tapi sekarang hani mula kelas dengan short sem , hanya 2 subject yg diketengahkan untuk subject Fisioterapi .. Pengajian Islam dan Carier Guidance.

Kesimpulan , UniKL RCMP ni memang sangat best sebenarnya ..buanglah tanggapan buruk korang terhadap universiti swasta yg hakmilik penuh dimiliki MARA ni ... korang datang baru korang tahu , hehe
Bye....
MSR UniKL RCMP
di Teluk Dalam Resort
,Pangkor

Wednesday, 6 March 2013

Johan Pantun buat demikian kalinya?

                                                           Assalamualaikum !


rasanya dah lama tinggal pantun ni , baru-baru ni djemput pulak ke sekolah oleh Cikgu Hamidah untuk melatih para peserta PANTUN PERINGKAT DAERAH , so , almost 2 years dah tinggal bab2 pantun memantun ni , Ya Allah .Ok ,penuhkan hasrat cikgu ..|


Sampai sekolah ::
Adik2 yg junior2 dulu masih igt lagi ,"Kak Hani ! ,kak Hani " rasa seronok pulak nak latih peserta yg pandai ambil hati ni ,heehee :)
Ok, mulakan dengan tajuk "Perangi Dadah"
::HAHAHA ,gelak dulu ..mcm2 jadi pantun adik2 ni,haha ..lucu ..tapi,budak baru belajar ,mesti kna bantu,mna boleh dok gelak2 ,.


Setelah sekian lama sekolah menengah kebangsaan padang terap ni takdak pengetua ,Jadi bermulalah thun ni,pengetua baru ..pengetua perempuan you ,hihi
-dek kerana ketika itu,saya bersama-sama rakan sya sedang melatih para peserta ni , datang pulak Puan Pengetua buat tinjauan .Waktu tu tak tahu pun  yg beliau tu pengetua baru , so kami berdua ni buat dunno jelah .. then,Cikgu Hamidah kata " wahai cik Hani dan cik syafiqah,marilah berkenalan dengan pengetua baru" ,sambil senyum .Syafiqah pun pergilah salam ngan pengetua baru tu sambil cikgu hamidah perkenalkan "ni Syafiqah,ex-student kita tahun lepas,dia wakil sekolah utk pantun,dan johan peringkat daerah" ..dan diikuti me ,salam ,then cikgu midah  "ni dia ahli panel forum kita wakil sekolah thn lepas ,dapat no.2 peringkat daerah" .usai salam . baru tahu pengetua ni sporting rupa-rupanya .tett...

So,hari ahad ni berlangsunglah pertandingan pantun di sekolah syed ahmad ,doakan yg terbaik buat peserta SMKPT ! do the best,anda harapan kami ..

Terima kasih coz sudi bca . . . nah hadiah :) (senyuman)

Friday, 4 January 2013

Jamuan Prefect Yang GaGah ! ;P




Kenapa tak susun lagi hadiah ni, ni kenapa ni meja ,kerusi,cawan,pinggan ,gelas,makanan tak cukup ni..bla..bla..bla.. ,hadiah mana?? mai nak letak nomber .. ommmm !! Homaaagaaaaddd ! penat taw dak ,yang kami dressing cantek2 (cantik jugak la) berpeluh mcm keja buruh ,alahai ,sabar ja, tapi terima kasih penghuni asrama yang bnyak membantu tanpa kira penat lelah . pinjam tenaga sikit .. hoho :D
Kenapa tak letak alas meja lagi ni ," alas meja ada 15,tapi meja 25" ..adil jelah, tak perlu letak alas meja,hmm okeh !
Macam tulah riuh rendah nak urus satu-satu event or function ,alahai penat tu dah jadik perkaraa biasa.Tapi,yang happeningnya bila berlangsungnya majlis tu ..rasa "Fuhh,tak sangka betul boleh urus juga selesai!"

Senior lah ni,urus! good job bete!
Interframe:Amin,Syafiq Amin,Shafizal
 

Alala ,ayu bebenor dia ni,Cik HANIM =)

Hidangan tak lengkap lagi ni .








THE IMPORTANT PART MAJLIS NI ialah ...TARAA! blink~blink~blink *_*











Hadiah Penghargaan

Hidangan ni untuk semasa ucapan



Dengar ucapan pihak pentadbir sekolah
sambil makan macam tonton wayang,haha


Ucapan dari Cikgu Aishah
Penasihat Lembaga Pengawas







THE HOLALA time :)








Yang bestnya:Aku dapat hadiah cabutan bertuah no .1  
hoho xD



Wholatta Prefecto




Dan jamuan ini berakhir dengan jayanya .huhu
Thank you semua . Makan-makan yang best ! ;)




















































Thursday, 3 January 2013

The Awesome n gagah people ! xD

Once upon a time ....

The Head Prefect
Muhd Asrul
SMK Padang Terap `12

He is the head prefect ... Personally he is sporting , and kind hearted.
Muhd Asrul ..a.k.a SEROL .haha xD.
Dia ni penawar jiwa cikgu Hamidah ,ada ja dia ni dalam kelas cikgu hamidah mesti riuh dek gelak tawa .Kekadang double chin juga pelajar-pelajar 5 sains sebab dia ni asyik ngusik cikgu hamidah..huh ,x kering gusi gitu...tak perlu kut hurai dya punyai ciri-2 tuan empunya diri ni..tgk gambar pun kita tahu dia jenis tekun. huhu :b                                                                




        






PKP 1
Sarimah Ibrahim
 Sarimah Ibrahim , walaupun nama retro sikit tapi ferhhh!! kecil2 cili padi tawww.. hoho ,She is one of my best friend ! muah .xoxo ! syg cikmah .. huhu
Dia assistant head prefect yang pertama . Mempunyai keazaman yang tinggi dan mahu menjadi pakar ikke .tehee xD .. ambition thru handphone,the night before SPM paper biologi , I ask her ,if you have a big chance to biologi field what will you choose(course).. "of course la, nak ambik course perikanan " most in Akuatechnology gitu lah..Insy'Allah ,saya sentiasa mendoakan kejayaan kawan baik saya .Exactly...sebagai pemangkin semangat nak ambik paper biologi esok ..



PKP 2
Nor Syafiqah

Yang cun ni pulak asisstant head prefect yang ke-2 , perasan dak yang jadi asisstant head prefect ni cun-cun??? hahaha xD
dia ni tegas sikit bila dalam kerja .Tapi kalau geng pengawas tahun 2012 ni arrange event mmg cun meletopp jadi .hoho ,yang penting apa ,KERJASAMA ! tehee :) , yang penting luar dari tugas ukhuwah kami tetap rapat . Yalahhh.. guru-2 bagi tanggungjawab kan kena tegas sikit ..mana boleh pertikaikan..heehee






Form 5 prefect
Dari kiri:Ainul , Shafiroh , Alin ,Sarimah , Hasnida
Belakang: Hani , Asmawani


Kami ni pegang jawatan biasa-2 sahaja . Tapi yang syoknya aku(Hani) jadi ketua rondaan blok B ,hahaha :D  , syok gak dapat meronda haha,kadang-2 rasa mcm take over jwatan pak guard sekolah ja ,bawa pen n buku catat pe ada haritu,haha :D best dapat meronda ! hahak
Bukan setakat ronda,tapi ada anak buah ,kalau gi meronda ngan anak -anak buah rasa macam  ketua kumpulan mafia plak der,dah la kaler biru seragam jaa..haha :D
Tapi,terima kasih la adik-adik junior yang ikut cakap ketua yang biol sikit nih..haha xD



Banyak suka duka masa pegang jawatan ni , memang agak menganggu jadual berehat sikit bila dah jadi pengawas ni ,banyak nak kna handle,x pi perjumpaan kna sound la,amik tindakan la..tapi,ni dah umpama pengalaman yang berharga sbb ada bilanya org kna ikut cakap kita,ada bilanya bercakap kat depan perhimpunan,walaupun nmpak mcm tak banyak pengalaman,tapi pengalaman yang sedikit tu la yang improve kebolehan kita.



That's All :)
Next : Jamuan prefect yang gagah .










































Thursday, 16 February 2012

The Begining


Eva Maria!!!!!!..... Dari jauh dia menoleh ke arah seorang lelaki yang memanggil namanya,tetapi wajah lelaki itu agak samar-samar kerana lelaki itu berada di seberang jalan.Hatinya tertanya-tanya,siapakah gerangan lelaki itu??..
Apabila,lampu hijau bertukar menjadi merah untuk penjalan kaki melintas,lelaki tersebut berlari pantas menyeberangi jalan menuju ke arah Eva.Eva hanya berdiri kaku melihat lelaki tersebut hampir ke arahnya.Ketika itu hati Eva kuat mengatakan bahawa itu adalah “Adrian”budak lelaki yang dikenalinya semasa zaman persekolahannya dahulu.Ketika itu,Adrian baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Aman yang merupakan sekolah Eva semasa berada dalam tingkatan 4.Lelaki tersebut benar-benar berada di hadapan Eva sekarang.
Memang benar kata hatinya lelaki itu adalah Adrian.”Eva,masih ingat tak lagi saya???”Eva hanya tersenyum,memang malanglah kalau tidak mengenali budak lelaki kacukan Melayu-Inggeris itu.Hanya Adrian sahaja memiliki mata coklat kekuningan dan kulit putih bersih semasa zaman persekolahnnya dulu.”Muhd Adrian Ubaidillah,is’t right??”.”Ya”Adrian tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih dan tersusun rapi itu.Semasa dalam alam persekolahan dulu Adrian juga dikenali sebagai budak pendiam.Tetapi sekarang amat berbeza kerana dia menegur Eva.”Macam mana awak boleh kenal saya sedangkan saya berjalan membelakangi pandangan awak?”.Adrian dengan selamba “saya ekori awak tadi,saya terperasan awak di salah sebuah butik ketika saya lalu di hadapannya,kebetulan saya berseorangan,jadi tak salah la saya ekori awak”,Adrian ketawa kecil.Patutlah dia rasa diekori semasa keluar dari butik tadi,tetapi dia berfikiran positif kerana ramai orang lalu-lalang dan membeli-belah di butik itu,hati kecilnya terdetik”Argh..aku bukannya artis sampai orang nak ekori aku”.
”Jom,saya belanja awak di kafe depan sana”pelawa Adrian.”Ermm...maaflah,saya terpaksa pulang sekarang,ada hal sikit”,sebenarnya Eva segan untuk duduk semeja dengan seorang lelaki pendiam yang dikenalinya dahulu.”Tak apa,saya belanja awak..jangan risau” Adrian cuba mempelawa sekali lagi.Tapi Adrian tidak berpeluang untuk makan bersama Eva.Eva ialah seorang gadis yang berpegang pada kata-katanya.”Oklah kalau begitu,Insya’Allah ada rezeki kita jumpa lagi ya..”Eva mengukir senyuman yang terhias indah di bibirnya yang merah jambu itu.”Insya’Allah,tapi boleh saya minta nombor telefon awak?itupun kalau awak tak berkeberatan nak beri”.Eva hanya tersenyum kecil”Ini kad Perniagaan saya”.Adrian memerhati kad itu,ternyata gadis itu mempunyai perniagaan sendiri.
“Wah,awak sudah memiliki perniagaan sendiri..”kata Adrian sambil tersenyum kagum.”Ya,saya hanya membuka perniagaan kecil-kecilan sahaja”kata Eva dengan rasa rendah hati.Melihat Adrian yang terleka memerhati kad perniagaan Eva,”Baiklah,saya terpaksa pergi sekarang”Eva tersenyum sambil beransur pergi.”Jumpa lagi”kata Adrian dengan nada yang sedikit menjerit.
Sebenarnya,semasa zaman persekolahannya bersama Eva dulu.Adrian pernah menaruh hati pada gadis yang lembut dan bertudung litup itu.Pertemuan Adrian dan Eva tadi sebagai titik tolak untuk mengenali Eva dengan lebih dekat lagi.
Suasana di Kafe Santap Bonda agak meriah dengan ramai pelanggan.Kafe ini telah dibuka sejak 2 tahun yang lalu .Selain itu,kafe kepunyaan Eva juga terletak hampir dengan pusat bandar dan perumahan Elit.Sudah menjadi kebiasaan penduduk disitu untuk makan diluar,dan salah satunya kafe Santap Bonda yang menjadi tumpuan kerana kafe Eva menyajikan makanan barat,timur dan ala-carte.Pembukaan kafe Santap Bonda bermula dimana ketika itu,Eva menganggur setelah tamat pengajian Sarjana Muda di sebuah Universiti tempatan.Semasa dalam proses pencarian kerja.Eva mendapat idea setelah melihat beberapa orang usahawan muda yang berjaya.Dari detik itu,Eva membuat keputusan untuk memiliki sebuah kafe.Eva turut dibantu oleh ahli keluarganya iaitu adik kepada Eva,Nurlysa Marlia,dan turut sama membantu ialah ibu Eva,Datin Najjah.Ibu Eva Datin Najjah dan adiknya Lysa merupakan tulang belakang bagi Eva.Sekarang, Eva juga turut tergolong dalam kalangan Usahawan muda yang berjaya.Dalam tempoh dua tahun,Eva sudah dapat membuka dua cawangan Kafe Santap Bonda di Semenanjung tanah air.Oleh kerana keberhasilan Eva membuka dua cawangan,akhirnya perniagaan Eva disiarkan di majalah TeenBizMalaysia iaitu majalah berkaitan perniagaan yang diusahakan usahawan muda yang berjaya.
Tetapi ayah Eva iaitu Dato Effendi kurang bersetuju kerana ayah Eva sangat berharap agar Eva dapat mengambil-alih perniagaan ayahnya.Tapi malangnya Eva merasakan dirinya tidak layak dan kurang berpengalaman dalam menguruskan perniagaan yang melibatkan ahli perniagaan dari negara-negara luar. Bagi Eva dia belum bersedia untuk menjadi pengurus bagi sebuah syarikat besar dan terkenal itu.
Semasa Eva dalam perjalanan untuk membeli bahan mentah dan sayuran Kafe Santap Bonda.Ternyata pasar pembekal bahan mentah tersebut telah pun ditutup untuk dua bulan kerana pengubahsuaian kedai dijalankan.Eva berasa kecewa dengan sikap pembekal kerana tidak memberitahu atau memberi sebarang nota tentang penutupan sementara waktu kedai pembekal tersebut.Tanpa berlengah lagi,Eva membuat carian pembekal yang berada di kawasan terdekat menggunakan telefon bimbit iPhone pemberian ayahnya setelah tamat pengajian dengan pencapaian yang agak bagus. Setelah beberapa minit mencari,akhirnya Eva menemui pembekal yang agak jauh dari Kafenya.Tetapi apakan daya,Eva harus membekalkan bahan mentah sebelum pukul 4 petang kerana Kafenya akan beroperasi di sebelah malam.Akhirnya,Eva sampai ke kedai pembekal setelah menghabiskan masa memandu 30 minit untuk sampai.
“Selamat Datang ke Kedai Kami,bahan-bahan dan sayur-sayuran segar dari ladang”kata seorang wanita pekerja asing warga Indonesia dengan fasih tanpa pelat Indonesianya.Ternyata layanan yang diberikan kepada pelanggan sangat baik dan mesra.”Syarikat pembekal ini mempunyai ladang ternakan dan tanaman sendiri,dan penyembelihan haiwan ternakan ditanggung halal”kata pekerja wanita Indonesia tersebut.Sebenarnya,Eva sudah tahu tentang hal tersebut kerana di hadapan kedai tersebut mempunyai logo halal dan sijil pengiktirafan dari JAKIM.Sekarang Eva tertarik untuk menjadi pelanggan tetap di kedai tersebut.Di samping itu,kedai pembekal tersebut menawarkan potongan harga kepada pelanggan tetap dan mendaftar sebagai ahli kedai tersebut.Sekeping Kad berwarna biru muda diberikan kepada Eva kerana Eva telah mendaftar sebagai ahli.Tiada cas dikenakan untuk menjadi ahli.Baru pertama kali Eva menemui kedai pembekal yang mesra pelanggan sebegitu dan dia juga tertanya-tanya siapakah pemilik kedai tersebut.”Terima kasih,Datang lagi “kata wanita tersebut tersenyum.Lamunan tanda tanya Eva lenyap seketika.”Sama-sama”jawab Eva dengan sebuah senyuman yang mampu menggugat sesiapa sahaja melihatnya.
“Dah sampai pun anak ibu”kata Datin Najjah sambil tersenyum menyambut kepulangan anaknya.Mereka duduk di meja bulat yang diperbuat daripada batu marmar yang diimport khas dariChina,memang itulah tempat yang sentiasa menjadi pilihan ibunya jika berada di Kafe Santap Bonda.”Anak ibu mesti letih kan,ibu dah suruh kak Tijah buatkan air Teh’O Ais Laici kegemaran Eva”.Eva mengukir senyuman”Terima kasih Ibu,You are the bestlah ibu..sayang ibu”lalu memeluk manja ibunya yang berada di sebelah.”Cik Eva..Ini airnya” suara serak basah kak Tijah sedikit mengejutkan mereka.”Kak Tijah ni selalu je buat suprise,hihihi “kata Eva mengusik Kak Tijah.”Ada-ada aja Cik Eva ini”sambil tersenyum.Kak Tijah masih mengekalkan bahasa ibundanya iaitu bahasa Indonesia,kak Tijah antara orang gaji yang telah lama bekerja dengan keluarga mereka,disebabkan kejujuran dan kesetiaan kak Tijah,mereka sudah menggangap kak Tijah seperti keluarga mereka sendiri.”Macam mana dengan kafe Eva?”tanya Datin Najjah.”Alhamdulillah ibu,semuanya berjalan lancar,memang benar kata ibu,kalau kita selalu berfikiran positif,kita boleh lakukannya, kata ibu memang benar-benar mujarab ,hehe”.
Tiba-tiba telefon Eva berdering.”Ibu,Eva nak jawab panggilan ini dulu,mungkin dari pembekal atau pengurus cawangan”.”Tak mengapa,Eva jawablah panggilan tu”jawab Datin Najjah lembut.”Assalamualaikum..”.Hah!! suara ini....”Wa’alaikummusalam”.”Eva awak ada masa tak petang ni?”.”Awak Adrian????”
bersambung.....

Friday, 19 August 2011

S>I>M

Assalamualaikum...
#kalau tak jawab dosa,kalau jawab sayang! ;)

  Nak kongsi satu rahsia,yuhuuu !! . . . . 

Pernah dengar " Fakta tentang Senyum "...??

15  Fakta Menarik :
1.    Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.    Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.    Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.    Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.    Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.    Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.    Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.    Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9.    Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.  Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.    Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.    Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.    Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.    Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15.    Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.